Keluarga Terbesar Di Dunia.., Miliki 39 Istri !!!


Sungguh ramai sekali jika keluarga besar ini berkumpul. Ya..bagaimana tidak..., keluarga besar Ziona Chana berjumlah 181 orang..
Ziona Chana, kepala keluarga dari keluarga terbesar di dunia ini — merasakan hidupnya ‘sangat diberkati’ karena mempunyai 39 isteri.
Chana  mempunyai 94 anak, 14 menantu dan 33 cucu. Mereka semua tinggal di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 kamar, dibangun di tengah-tengah kawasan berbukit Desa Baktwang di wilayah Mizoram di India. Semua isterinya tidur di beberapa bilik tidur besar.
RAMAI... keluarga besar Ziona Chana mempunyai 181 ahli.

Chana, 66 tahun, mengatakan kepada harian The Sun: “Hari ini saya rasa seperti hamba istimewa tuhan. Dia memberikan saya begitu banyak insan untuk saya lindungi.


  • Foto
    LUAS... ruang dalam kediaman empat tingkat keluarga Chana, ‘Chhuanthar Run’ .
  • Foto BANY
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keluargaterbesar/pix_gal2
BESAR... kediaman Chana di kawasan berbukit Desa Baktwang mempunyai 100 kamar.


“Saya menganggap diri ini sungguh bertuah karena menjadi suami untuk 39 wanita dan pemimpin keluarga paling besar di dunia.” Keluarga itu diurus dengan penuh disiplin dan isteri tertua, Zathiangi ditugaskan memberi arahan kepada madunya supaya melakukan tugas harian seperti mencuci, memasak dan mengurus rumah.

Zathiangi, 69, bertanggungjawab untuk membagikan tugas harian di rumah kepada isteri Chana yang lain, anak perempuan dan menantunya.

Setiap hari ada tumpukan baju setinggi gunung menanti untuk dicuci — dan semuanya dicuci dengan tangan.
Penyediaan makan malam 'hanya' memerlukan 30 ekor ayam, 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk dimasak.

Selain menjadi kepala keluarga, Chana adalah pemimpin 'aliran' yang membenarkan penganutnya kawin dengan banyak isteri yang diinginkan. Chana yang dipanggil ‘Ka pa’ atau bapa oleh keluarganya mengawini Zathiangi ketika dia berusia 17 tahun.

Dia adalah pewaris pemimpin aliran penganut Chana yang percaya satu masa kelak mereka akan memerintah dunia bersama Jesus Christ.

Faham yang mendapat nama dari datuk Chana - Challian Chana- itu membenarkan pengikut lelakinya berkahwin dengan seberapa banyak wanita yang mereka ingini.

Namun, ketika zaman kecilnya, Chana percaya dia tidak akan kawin sambil berkata: “Bapa saya mempunyai tujuh isteri dan tanggungjawab menjaga ketujuh-tujuh isteri adalah suatu hal yang berat buat bapa.

“Apabila melihat dia dikelilingi wanita setiap waktu, keadaan itu mematahkan hasrat saya untuk kawin. Namun, kehendak saya tidak sama dengan kehendak tuhan.” Kini Chana menghabiskan masa hidupnya bersama 39 isterinya — dia kawin dengan isteri terbarunya tahun lalu.

Dia juga mengawini 10 wanita dalam setahun ketika berada di puncak kegemilangan dan tidur di kastil besar, manakala semua isterinya ingin bergabung di dalam satu kamar seperti bilik asrama.

Dia membiarkan isteri barunya tidur bersebelahan dengan ruang tidurnya, sementara isteri lain tidur agak berjauhan. Namun, mereka bergilir-gilir meluangkan waktu bersama Chana di kamar tidurnya.

Rinkmini, 35, seorang  isteri Chana berkata: “Kami selalu berada dekat dengannya kerana dia orang paling penting di rumah ini. Dia juga lelaki paling 'tampan' di desa ini.” Dia berkata, Chana melihatnya berjalan pada satu pagi di desa itu kira-kira 18 tahun lalu sebelum menulis surat menyatakan hasrat untuk mengawininya.

Seorang lagi isteri, Huntharnghanki berkata, hubungan antara  keluarga itu sangat baik. Sistem yang diamalkan dalam keluarga itu berdasarkan kepada kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Chana yang mempunyai 4,000 pengikut berkata, dia tidak akan berhenti  mencari isteri baru untuk dikawini.

“Untuk meluaskan ajaran kepercayaan Chana, saya rela ke Amerika Serikat sekalipun untuk kawin,” katanya.

Anak lelaki sulung Chana, Parliana, 50, berkata bapanya kawin dengan banyak wanita supaya dapat menjaga mereka.

Dia menegaskan: “Kebanyakan wanita yang dikawini bapa saya adalah penduduk miskin dan yatim piatu di desa ini. Dengan mengahwini mereka, dia menjadi contoh terbaik dalam sejarah kehidupan manusia.

“Dia bukan saja ketua keluarga ini tetapi juga pemimpin kepada 4,000 pengikut faham Chana. Datuk saya pindah ke desa ini dan membangunkan masyarakatnya. Sejak itu, bapa saya meneruskan amanat datuk dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin di sini.

“Tugas mendidik adik saya sungguh berat, tetapi kami semua gembira dan mempunyai kehidupan baik. Dengan mendukung tugas bapa, saya rasa dekat dengan tuhan.” Parliana turut mengikuti jejak langkah bapanya walaupun dia perlu belajar lebih banyak hal untuk menjadi pemimpin Chana.

Untuk ini, dia mempunyai dua isteri dan 13 anak.

Ehmm...,

thanks,


0 Response to "Keluarga Terbesar Di Dunia.., Miliki 39 Istri !!!"

Posting Komentar

Terimakasih telah memberikan komentar disini.

Disclaimer: gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami pada halaman ini.